Royal Black
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum and Hi :) Im Ezra Ariesha Binti Yusri . Im a JOHOREAN and 100 in relationship with Mohamad Fazrul bin Ismail ♥ Follow mine :)
Tagboard code here



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: ______

Saturday, January 7, 2012 | 8:41 AM | 0 comments
Photobucket

Sememangnya wanita amat sukar untuk difahami kerana mereka tidak suka menyampaikan sesuatu secara terus terang, mereka mahukan seorang lelaki yang lebih memahami. Tidak seperti lelaki yang bersikap terbuka. Jadi, setiap kata-kata mereka pasti ada rahsia yang tersembunyi. Apakah makna disebalik kata-kata wanita?
(1) Fine! - Adakah lelaki memahami apabila pasangan mereka menyatakan perkataan Fine! ? Kebiasaannya, wanita meluahkan perkataan ini kerana mahu menghentikan perdebatan yang sedang berlaku. Sebaiknya, apabila mereka sudah mengeluarkan kata-kata ini, anda perlu untuk memberikan ruang untuk mereka bertenang. Cuba elakkan daripada terus memberi tekanan kerana ia akan meningkatkan lagi pengaruh emosi mereka. Apabila sesuatu perbincangan dipengaruhi emosi pasti sukar untuk mencari jalan penyelesaian.
(2) Takda apa-apa - Apabila wanita menyatakan seperti ini, ia adalah petanda awal bahawa perang akan berlaku sekali lagi sekiranya masalah belum lagi dapat diselesaikan. Lelaki seharusnya bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan memahami bagaimana cara untuk mengatasinya.
(3) Sukahatilah (nada sinis) - Apabila wanita menyatakan sukahatilah, ia sebenarnya memberi maksud larangan terhadap lelaki untuk melakukan sesuatu perkara itu. Jangan lakukan perkara tersebut untuk menunjukkan bahawa anda berjaya memahami mereka.
(4) Takpe, saya okay - Apabila wanita meluahkan kata-kata ini, ia bermakna mereka sedang memikirkan mengenai hubungan anda. Adakah hubungan tersebut mampu membawa kebahagian, mempunyai masa depan yang cerah, dan sebagainya. Anda seharusnya belajar untuk memahami mereka dan berusaha memberikan mereka keyakinan terhadap hubungan anda semula.



Old things | New things